
"Ketahui Bagaimana Para Usahawan Berjaya Di Seluruh Dunia Menggunakan Kemudahan 'Merchant Terminal' Yang Membantu Kejayaan Bisnes Mereka!

Dan Lebih Menarik... Kemudahan Tersebut Turut Ditawar Kepada Anda Juga! Mohonnya Hari Ini"Apa itu Mesin Kad Kredit? Mesin Kad Kredit @ Merchant Terminal @ Credit Card Terminal @ Terminal Swipe @ Card Credit Machine merupakan satu medium perantara untuk transaksi pembayaran di antara pemilik kad kredit,, peniaga (ANDA) dan pihak bank.
Terminal tersebut digunakan bagi memudahkan ANDA sebagai peniaga memberi kemudahan pembayaran kepada pemilik-pemilik kad kredit melakukan belian barangan atau perkhidmatan di premis anda.

Kenapa PERLU untuk memiliki Mesin Kad Kredit? Mesin Kad Kredit amat diperlukan bagi setiap premis perniagaan yang berhasrat untuk menawarkan kaedah pembayaran alternatif kepada pelanggan mereka.
Jualan perniagaan ANDA tidak sepatutnya hanya bergantung kepada TUNAI sahaja, malahan ianya boleh dipertingkatkan melalui penggunaan KAD juga.
Bezanya, wang jualan tersebut akan anda terima dalam tempoh 2 hingga 5 hari bekerja, dan ianya terus bank-in ke akaun bank perniagaan anda.
Siapa yang PERLU memiliki Mesin Kad Kredit?
Mesin Kad Kredit HANYA ditawarkan kepada para peniaga yang memiliki premis perniagaan yang sah. Tidak kira perniagaan anda kecil atau besar, jual produk atau perkhidmatan, baru atau lama, semuanya boleh memohon dengan memenuhi syarat seperti memiliki:-
LESEN PERNIAGAAN Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
LESEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT). Contoh :- MBSA, MBPJ, DBKL dsb.
AKAUN SEMASA BANK SYARIKAT.
MUDAH BUKAN?
Berdasarkan pengalaman saya, antara industri yang sesuai untuk menawarkan khidmat kad kredit adalah seperti berikut :-
* Bengkel Kereta
* Kedai Eksesori
* Kedai Telekomunikasi
* Pasaraya/Minimarket
* Kedai Hiasan Dalaman
* Salon Kecantikan
* Kedai Buku, dsbnya
Ini antara CONTOH industri yang disebutkan sahaja, untuk industri lain masih boleh memohon.
Apa aplikasi yang terdapat di dalam Mesin Kad Kredit?
Selain menerima pembayaran kad kredit, mesin ini turut menerima pembayaran bagi 2 jenis kad yang lain iaitu KAD DEBIT dan KAD BANK (ATM - 11 bank). Di samping itu juga, mesin ini turut dilengkapi aplikasi program Easy Payment 0% (ditawar oleh bank) dan untuk PENDAFTARAN kad prepaid bank.
Oleh yang demikian, merchant yang memohon mesin ini, akan menerima 5 aplikasi di dalam satu mesin.
Bagaimana untuk memiliki Mesin Kad Kredit?
Untuk memiliki sebuah Mesin Kad Kredit, anda perlu memohon dengan pihak bank. Ia semakin mudah melalui agen perantara, memandangkan agen lebih memahami berkaitan prosedur permohonan.
Terdapat beberapa dokumen (yang tak mungkin didapati di bank) perlu dilengkapkan. Contohnya, 'Merchant Agreement'.
Maklumat borang permohonan perlu diisi. Seterusnya, ejen kami akan membantu anda isi set borang 'Merchant Agreement' tersebut.
:: Situasi 1 :: Puan Zakia merupakan individu yang menggemari aktiviti membeli- belah. Di mana sahaja ada promosi jualan, beliau tidak melepaskan peluang untuk mengunjunginya. Selain wang tunai, beliau juga membawa bersama-sama beberapa keping kad kredit pelbagai bank sebagai persediaan di saat memerlukan. Sehingga ditakdirkan, premis ANDA melakukan promosi jualan akhir tahun. Pelbagai barangan perlu dihabiskan untuk digantikan dengan barangan terbaru. Puan Zakia yang teruja dengan barangan promosi ANDA berhasrat melakukan pembelian pukal! Walau bagaimana pun, beliau teramatlah kecewa akibat kekurangan tunai, beliau tidak dapat melakukan pembayaran menggunakan kad kreditnya, memandangkan premis ANDA TIADA mesin kad kredit. Bagaimana dengan perasaan ANDA pula? |
:: Situasi 2 ::
Kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan harga barang mengakibatkan Johnson runsing dengan perbelanjaan isi rumah yang kian meningkat. Kos sara hidup di bandar yang tinggi memerlukan beliau memohon kad kredit sebagai persediaan di waktu luar jangka. Ditakdirkan kereta yang digunakan untuk pergi dan balik kerja mengalami kerosakan. Ianya perlu dibaiki dengan segera bagi memastikan tugasan kerja tidak terganggu. Beliau datang ke premis ANDA untuk membaiki keretanya. Apabila siap dibaiki, beliau menghulurkan sekeping kad kredit untuk membayar kos pembaikan. Beliau tidak membawa tunai dan premis ANDA TIADA mesin kad kredit. Apa reaksi ANDA? |
:: Situasi 3 ::
Ramesh, remaja 15 tahun gemar bersantai pada hujung minggu bersama rakan-rakan di shopping mall di bandar. Dia membawa bersama-sama tunai dan sekeping kad debit pemberian ibunya sebagai persediaan di waktu luar jangka. Dia merancang untuk membuat fesyen rambut pada hari itu. Cas khidmat pusat dandanan rambut adalah RM15 sahaja. Dia tidak mahu menggunakan tunai yang ada. Dia memilih untuk menggunakan kad debit yang telah ditambah-nilai RM50 oleh ibunya. Setentunya, keutamaan pemilihan pusat dandanan adalah yang mempunyai terminal untuk menerima pembayaran menggunakan kad tersebut. Sekiranya ANDA mengusahakan pusat dandanan yang memiliki mesin kad kredit di shopping mall tersebut, ada tak kemungkinan Ramesh memilih untuk menggunakan perkhidmatan anda? |
..................................................................................................
Jenis Terminal
Terdapat 2 jenis terminal yg digunakan sebagai medium menerima pembayaran kad kredit iaitu:-
1) EDC (Electronic Draft Capture) Terminal - terminal disambung ke talian tetap telefon @ faks kedai.
2) GPRS Terminal - terminal tanpa wayar yg menggunakan kad sim.