
"Ketahui Bagaimana Para Usahawan Berjaya Di Seluruh Dunia Menggunakan Kemudahan 'Merchant Terminal' Yang Membantu Kejayaan Bisnes Mereka!

Kepada Anda Juga! Mohonnya Hari Ini"
Apa itu Mesin Kad Kredit?
Mesin Kad Kredit @ Merchant Terminal @ Credit Card Terminal @ Terminal Swipe @ Card Credit Machine merupakan satu medium perantara untuk transaksi pembayaran di antara pemilik kad kredit,, peniaga (ANDA) dan pihak bank.
Terminal tersebut digunakan bagi memudahkan ANDA sebagai peniaga memberi kemudahan pembayaran kepada pemilik-pemilik kad kredit melakukan belian barangan atau perkhidmatan di premis anda.

Mesin Kad Kredit amat diperlukan bagi setiap premis perniagaan yang berhasrat untuk menawarkan kaedah pembayaran alternatif kepada pelanggan mereka.
Jualan perniagaan ANDA tidak sepatutnya hanya bergantung kepada TUNAI sahaja, malahan ianya boleh dipertingkatkan melalui penggunaan KAD juga.
Bezanya, wang jualan tersebut akan anda terima dalam tempoh 2 hingga 5 hari bekerja, dan ianya terus bank-in ke akaun bank perniagaan anda.
Siapa yang PERLU memiliki Mesin Kad Kredit?
Mesin Kad Kredit HANYA ditawarkan kepada para peniaga yang memiliki premis perniagaan yang sah. Tidak kira perniagaan anda kecil atau besar, jual produk atau perkhidmatan, baru atau lama, semuanya boleh memohon dengan memenuhi syarat seperti memiliki:-
LESEN PERNIAGAAN Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
LESEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT). Contoh :- MBSA, MBPJ, DBKL dsb.

MUDAH BUKAN?
Berdasarkan pengalaman saya, antara industri yang sesuai untuk menawarkan khidmat kad kredit adalah seperti berikut :-
* Bengkel Kereta
* Kedai Eksesori
* Kedai Telekomunikasi
* Pasaraya/Minimarket
* Kedai Hiasan Dalaman
* Salon Kecantikan
* Kedai Buku, dsbnya
Ini antara CONTOH industri yang disebutkan sahaja, untuk industri lain masih boleh memohon.Apa aplikasi yang terdapat di dalam Mesin Kad Kredit?
Selain menerima pembayaran kad kredit, mesin ini turut menerima pembayaran bagi 2 jenis kad yang lain iaitu KAD DEBIT dan KAD BANK (ATM - 11 bank). Di samping itu juga, mesin ini turut dilengkapi aplikasi program Easy Payment 0% (ditawar oleh bank) dan untuk PENDAFTARAN kad prepaid bank.Oleh yang demikian, merchant yang memohon mesin ini, akan menerima 5 aplikasi di dalam satu mesin.
Bagaimana untuk memiliki Mesin Kad Kredit?
Untuk memiliki sebuah Mesin Kad Kredit, anda perlu memohon dengan pihak bank. Ia semakin mudah melalui agen perantara, memandangkan agen lebih memahami berkaitan prosedur permohonan.
Maklumat borang permohonan perlu diisi. Seterusnya, ejen kami akan membantu anda isi set borang 'Merchant Agreement' tersebut.
:: Situasi 1 ::
Puan Zakia merupakan individu yang menggemari aktiviti membeli- belah. Di mana sahaja ada promosi jualan, beliau tidak melepaskan peluang untuk mengunjunginya. Selain wang tunai, beliau juga membawa bersama-sama beberapa keping kad kredit pelbagai bank sebagai persediaan di saat memerlukan.
|
:: Situasi 2 ::
Kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan harga barang mengakibatkan Johnson runsing dengan perbelanjaan isi rumah yang kian meningkat. Kos sara hidup di bandar yang tinggi memerlukan beliau memohon kad kredit sebagai persediaan di waktu luar jangka.
|
:: Situasi 3 ::
Ramesh, remaja 15 tahun gemar bersantai pada hujung minggu bersama rakan-rakan di shopping mall di bandar. Dia membawa bersama-sama tunai dan sekeping kad debit pemberian ibunya sebagai persediaan di waktu luar jangka.
|
..................................................................................................
Jenis Terminal
Terdapat 2 jenis terminal yg digunakan sebagai medium menerima pembayaran kad kredit iaitu:-
1) EDC (Electronic Draft Capture) Terminal - terminal disambung ke talian tetap telefon @ faks kedai.
2) GPRS Terminal - terminal tanpa wayar yg menggunakan kad sim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan