Selamat Datang ! Laman Web ini menawarkan khidmat permohonan Terminal Swipe Kad Kredit untuk kemudahan para Peniaga. Tuan Roseli Agent 017-9692536

Jumaat, Mei 08, 2009

Soalan - Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu Mesin Kad Kredit?

Jawapan:
Terminal khusus untuk menerima pembayaran kad
kredit. Alat ini berfungsi sebagai satu kemudahan pembayaran kepada pemili-pemilik kad kredit.


Jenis kad kredit yang boleh diterima pakai?


Jawapan :
Semua jenis kad kredit daripada bank-bank tempatan boleh digunakan. Kad tersebut mestilah ber'cip' dan mempunyai logo Visa atau Mastercard.


Bagaimana dengan kad debit?

Jawapan: Ya, boleh digunakan untuk pelbagai bank yang mempunyai logo Visa atau Mastercard.


Apakah cas yang akan dikenakan?

Jawapan:
Merchant akan dikenakan MDR* 2.0% bagi setiap transaksi yang dilakukan dengan kad kredit & kad debit. Manakala, untuk kad bank (ATM), merchant akan dicas 1.5%.

*MDR = Merchant Discount Rates.


Mesin perlu dibeli?


Jawapan:
Tidak perlu. Mesin boleh disewa dengan kadar sewaan RM30 - RM100 sebulan. Sewa yang dibayar termasuk khidmat servis & maintenance, rol kertas & latihan dari semasa ke semasa. Maka, merchant tidak perlu beli rol kertas apabila kehabisan stok & boleh hubungi kami pada bila-bila masa apabila berlaku sebarang permasalahan berkaitan terminal.



Apakah pilihan terminal?

Jawapan: Terdapat 2 (dua) jenis terminal yang boleh dipilih iaitu terminal EDC & terminal GPRS. Terminal jenis EDC dipilih sekiranya merchant mahu mesin diletakkan di kedai, manakala sekiranya merchant biasa membuat promosi perniagaan secara booth, terminal GPRS adalah pilihan terbaik.


Mudahkah dikendalikan?


Jawapan:
Urusan pembayaran menggunakan mesin tersebut amat mudah dikendalikan. Hanya acukan kad ke slot, dan ikuti arahan. Hanya 2 minit diperlukan sebelum urusniaga selesai dan resit dikeluarkan .


Berapa hari duit akan dimasukkan ke akaun bank saya?

Jawapan:
2 hingga 5 hari bekerja.


Saya tiada pengalaman mengendalikan mesin.

Jawapan: Latihan akan diberikan semasa pemasangan mesin dilakukan. Manual cara guna mesin turut disertakan.


Jika mengalami sebarang masalah, dengan siapa perlu berhubung?

Jawapan: Jika berlaku masalah berkaitan mesin, hubungi syarikat saya. Jika masalah berkaitan urusan akaun, anda perlu hubungi pihak bank.



Saya blacklist, bolehkah saya memohon?

Jawapan:
Tidak boleh. Ini kerana, pembayaran memerlukan merchant memiliki akaun bank. Kebiasaannya, individu yang disenarai hitam oleh bank, tidak boleh membuka akaun simpanan di mana-mana bank.


Bagaimanakah cara memohon?


Jawapan :
Set lengkap permohonan akan di pos ke alamat anda. Sila ikuti prosedur memohon.


Apa dokumen-dokumen yang akan diisi?

Jawapan:
Merchant agreement, Letter of Indemnity, Fee & Charges form dan Visa/Master Application.


Apa dokumen-dokumen yang diperlukan semasa memohon?

Jawapan:
Untuk syarikat milikan tunggal / perkongsian (Sijil SSM, Lesen PBT, Fotokopi IC pemilik, penyata bank akaun). Untuk Sdn Bhd (M&A, Form 24, Form 49, penyata akaun).




*Jika anda masih mempunyai soalan selain daripada yang terkandung dalam halaman ini, sila ajukan soalan anda dengan email kepada kami.



Terima kasih.


Agent: En. Tuan Roseli Bin Tuan Mohamad
Telefon (H/P):
017-9692536
(
Panggilan 8.00 pagi ~ 5.30 petang | SMS 24 jam )
Email: troseli99@yahoo.com

1 ulasan:

  1. Blue Titanium Art - Classic Art & Crafts
    2020 Blue Titanium Art from Artworks. Buy now for our range of unique seiko titanium watch craft is titanium a metal ideas. Shop microtouch titanium trim as seen on tv now 2020 escape titanium with our unique trekz titanium pairing craft supplies and more.

    BalasPadam